Friday, June 11, 2010

Struggle

Alhamdulillah..
lepas begelut 12jam melawan 10 ratus manusia dari seluruh pelongsok malaysia yg nekad untuk menyaksikan keputusan periksa mereka, akhirnya, aku berjaya! berjaya membolosi 0.005mm lubang sesawang portal pelajar uitm, tepat selepas aku selesai berehat utk mandi di tgh malam..

kalau aku tahu, dari awal aku mandi awal2.. ntahlah. kenapa semua nak check result exam dorang harini.. xleh ke tunggu esok ke, lusa ke, tulat ke, minggu depan ke.. jangan nak kata orang, aku pon sama dua kali lime sepuloh..

akibat drpada kelembapan mcm siput server portal terpelajar uitm utk menangani segemborolan pelajar perlajar serentak, 12 jam aku kene bergelut.. dengan tahap kesabaran ibarat sebuah pulau di Hawaii yg terdiri daripada gabungan 5 gunung berapi yg sangat aktif yang walaupun setitik air boleh menyebabkan letusan bom atom skala ritcher 12.1!!

berkat gigih usaha takwa mulia Sulaiman Ghazali, walaupun acapkali mencarut parut tarut harut semua keluar sekaligus, keputusan periksa tahun akhir di semester akhir beliau terpampang dengan jelas dan delas!

Alhamdulillah, segala yg dikhuatiri, segala yg ditakuti, segala yg sgt dikecuti, tiada. aku suka. aku gembira. aku ketawa. ohh semuanya hanya berlaku di dalam hati..

baguslah.. bolehlah aku hebah hebahkan keputusan aku ni kepada ayah dan ibu aku secepat munking! seperti biasa sewaktu di meja makan tatkala semua seisi keluarga duduk semeja bersantapan.. hahahaha kalau teruk konfirm seminggu lepas tu baru bagitau! hahahaha

tak apalah walaupun tidak grade dengan Dekan, aku bersyukur.. xde fail.. GPA ok, CPGA pun ok.. terima kasih kepada sume lecturer dan group-mates sekalian!

dan untuk terakhir kalinya.. moga2 aku diterima masuk ke degree..

sebelum itu, keputusan peritsa saya, biarlah rahsia...... hahaha

2 comments:

  1. Tahniah di atas kejayaan saudara.
    hehehe. Semoga maju Jaya!

    ReplyDelete